Rujukan: JMB/AM/09/bil( 6 )
Tarikh 15 hb September 2009
Penghuni Unit, Pangsapuri Danaumas,
Seksyen 7, Shah Alam.
TuanlPuan,
WANG KUTIPAN UNTUK MAJlIS JAMUAN HARI RAYA 2009
Dengan hormatnya Mesyuarat JMB Pangsapuri Danaumas bertarikh 12 hb September 2009 bersama Ketua Blok berhubung perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JMB Pangsapuri Danaumas Seksyen 7 akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya tahun 2009 yang akan diadakan pada 24 hb Oktober 2009 (Sabtu) bagi tujuan mengeratkan lagi siratulrahim di antara penghuni setiap blok.
Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini. dipohon jasabaik tuan/puan dapat menyumbang wang kutipan sejumlah RM 30.00 setiap unit rumah yang akan dikutip oleh Ketua Blok. Bayaran tersebut hendaklah dibayar selewat-Iewat pada 10 hb Oktober 2009 dan sumbangan lebih dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kerjasama dan keprihatinan dari tuanlpuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Bersempena bulan Ramadhan juga warga JMB mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. maaf zahir dan batin.
Sekian.
DANAU MAS TANGGUNGJAWAB BERSAMA
MIOR HISHAMUDDIN ARIFFIN
Pengerusi
s/k : Ketua Blok

You need to be a member of Pangsapuri Danaumas to add comments!
Join this Ning Network